Marley And Me

Marley And Me Marley And Me

Crank:High Voltage

Crank:High Voltage Crank:High Voltage

WATCHMEN - The Movie

WATCHMEN - The Movie WATCHMEN - The Movie

Bedtime Stories

Bedtime Stories Bedtime Stories
Latest News

Puasa Sunat/Mogok Lapar Demi hak Rakyat

Posted by Hana Security System on Saturday, May 23, 2009 , under | comments (1)



sk_01_big

Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan mogok lapar selama tiga hari berturut-turut mulai Isnin depan dalam usaha gerakan rakyat untuk mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri secepat mungkin.

Apatah lagi tekanan rakyat untuk dikembalikan mandat kepada mereka akan bertambah mendesak berikutan keputusan Mahkamah Rayuan memperbaharui lesen Umno dan Barisan Nasional untuk terus menduduki tampuk kerajaan negeri secara tidak sah.

Mogok lapar itu dijangka akan disertai rakyat teramai termasuk umat Islam yang akan mengerjakan puasa sunat bersama-sama demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis, Nga Kho Ming di Pejabat DAP Ipoh pagi semalam. Nga berkata mogok itu akan bermula pada jam 10.00 pagi hari Selasa 26 Mei dan berakhir pada hari Khamis, 28 Mei pada waktu maghrib di Pejabat PAS Perak. Mereka yang menyertai program itu dibenarkan minum selama setiap 6 jam dan tidak dibenarkan makan dalam tempoh itu sementara bagi umat Islam peraturan puasa akan dipatuhi. Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddindan Speaker V. Sivakumar dijangka melancarkan mogok lapar/puasa itu di Ipoh dan turut serta dalam program tersebut. "Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan yang berminat. Mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat)," kata beliau. Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, mogok lapar yang diadakan adalah "untuk mendapatkan kembali hak rakyat". Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.

- Tv Mutiara.com

Benarkah Mereka Menjaga Hak dan Ekonomi Rakyat??

Posted by Hana Security System on , under | comments (0)



KUALA LUMPUR 22 Mei — Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.(utusan)


KUALA LUMPUR 18 Mei - Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Beliau berkata, sebab tidak bertanding kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini.9 (utusan)

Kekosongan Dun Manik Urai, di Kelantan memperlihatkan jelas sendiwara kerajaan barisan mempermainkan isu ekonomi dan kerakyatan. Keputusan BN untuk tidak bertanding di Dun Penanti dengan alasan mengambilkira kepentingan rakyat serta menangani masalah ekonomi negara pada ketika ini, jelas alasan ini menunjukkan ketidak jujuran kerajaan apabila belum selesai pemilihan

di Dun penenti kini mahu menyahut cabaran di Dun Manik Urai. Persoalannya benarkah mereka menjaga hak dan ekonomi rakyat seperti mana mereka telah laung-laungkan??  Jika benar mereka menjaga hak dan ekonomi rakyat, mereka seharusnya tidak masuk untuk bertanding di Manik Urai, mereka juga seharusnya berpegang kepada kenyataan mereka sebelum ini. Adakah mereka sedar, mereka telah melakukan satu lawak besar yang menggelikan hati-hati rakyat. Ada baik juga jika mereka turut serta masuk bertanding, rakyat Manik Urai akan mendapat beberapa projek segera untuk mereka nikmati. Keadaan ini biasa terjadi dimana ada pilihan raya kecil disitu ada projek segera (projek mee segera). Mungkin lepas ini jalan-jalan kampong disekitar Dun dinaik tarafkan, yang uzur mendapat bantuan, yang miskin mendapat pembelaan dan bermacam-macam lagi ibarat warga dun Manik Urai mendapat durian runtuh. Masalah pangkah parti itu pilihan rakyat, biar rakyat Manik Urai tentukan siapa yang mereka mahukan. Yang pasti adat bertanding ada yang kalah dan ada yang menang, yang kalah harus mempelajari kesilapan mereka supaya tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Hanya masa dan ketika akan tentukan segalanya, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi. sekian.

3 Soalan Dijawab Dengan 1 Tamparan

Posted by Hana Security System on Thursday, May 21, 2009 , under | comments (0)



Ikuti dialog di bawah:
screams_1965_slapAda seorang pemuda yang lama sekolah di sebuah negeri kembali ke tanah air.
Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan guru tersebut.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda
Pemuda: Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 buah pertanyaan
1) Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujudnya Tuhan kepada saya
2) Apakah yang dinamakan takdir?
3) Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 buah pertanyaan yang anda tujukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak faham.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu !
Pemuda: Saya tidak dapat tunjukkannya.
Kyai : Itulah jawapan pertanyaan pertama, kita semua merasakan keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpikan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan
dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak
Kiyai : Itulah yang dinamakan Takdir
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: kulit
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: kulit
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: sakit
Kiyai : Walaupun Syaitan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.

Spam kini bermaharaja di YM (Yahoo Messenger) Awas!!

Posted by Hana Security System on Tuesday, May 19, 2009 , under | comments (0)



Jika anda seorang pengguna YM tegar, pasti anda akan menerima mesej berbentuk iklan suatu produk  penurunan berat badan. Dimana boleh dikatakan mesej ini mengandungi SPAM dan ianya dikatakan tersebar melalui YAHOO MESSENGER. Sekiranya ada bertuah mendapat mesasx_ym_spamej ini , ini bermakna ID YM rakan anda telah ceroboh oleh pihak-pihak tertentu bagi menyebarkan mesej-mesej berupa SPAM ini. Walaubagaimanapun, si pencuri SPAM tidak akan menukar dan mengubah ID serta katalaluan mangsanya. Bagi mengelakkan aktiviti seperti ini berleluasa, pastikan Antivirus dalam komputer anda adalah sentiasa di update dan komputer anda adalah suci daripada sebarang aktiviti KEY LOGGER yang mana boleh dicegah melalui antivirus. Atau anda boleh beralih kepada open source messenger seperti pidgin atau sebagainya yang diyakini selamat.

(artikel asal: klik disini)

BN Tidak Bertanding Pilihan Raya Kecil Penanti

Posted by Hana Security System on Monday, May 18, 2009 , under | comments (0)



KUALA LUMPUR 18 Mei - Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Utusan Malaysia 18/05/2009 6:53 PM

Kita haruslah menghormati keputusan yang telah dibuat oleh PM one Malaysia. Beliau berkata, sebab tidak bertanding kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini. Bagi saya secara jujurnya BN harus bertanding, kenapa? jikask_01_big benarlah kenyataan PM untuk menjaga kepentingan rakyat dan ekonomi BN mesti bertanding, hasrat kerajaan yang baik ini akan dinilai oleh rakyat di Penanti, bukan kemenangan di impikan tetapi kebenaran yang dicari. Sememangnya tindakan sebegini jelas menunjukkan BN semakin takut dengan pilihan raya seperti mana PR yang lepas-lepas BN telah tewas. Kita harus juga menghargai keputusan ini kerana keputusan sebegini memberi laluan yang cerah bagi kerajaan pakatan.