Latest News

Benarkah Mereka Menjaga Hak dan Ekonomi Rakyat??

Saturday, May 23, 2009 , Posted by Hana Security System at 5:38 AM

KUALA LUMPUR 22 Mei — Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.(utusan)


KUALA LUMPUR 18 Mei - Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Beliau berkata, sebab tidak bertanding kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini.9 (utusan)

Kekosongan Dun Manik Urai, di Kelantan memperlihatkan jelas sendiwara kerajaan barisan mempermainkan isu ekonomi dan kerakyatan. Keputusan BN untuk tidak bertanding di Dun Penanti dengan alasan mengambilkira kepentingan rakyat serta menangani masalah ekonomi negara pada ketika ini, jelas alasan ini menunjukkan ketidak jujuran kerajaan apabila belum selesai pemilihan

di Dun penenti kini mahu menyahut cabaran di Dun Manik Urai. Persoalannya benarkah mereka menjaga hak dan ekonomi rakyat seperti mana mereka telah laung-laungkan??  Jika benar mereka menjaga hak dan ekonomi rakyat, mereka seharusnya tidak masuk untuk bertanding di Manik Urai, mereka juga seharusnya berpegang kepada kenyataan mereka sebelum ini. Adakah mereka sedar, mereka telah melakukan satu lawak besar yang menggelikan hati-hati rakyat. Ada baik juga jika mereka turut serta masuk bertanding, rakyat Manik Urai akan mendapat beberapa projek segera untuk mereka nikmati. Keadaan ini biasa terjadi dimana ada pilihan raya kecil disitu ada projek segera (projek mee segera). Mungkin lepas ini jalan-jalan kampong disekitar Dun dinaik tarafkan, yang uzur mendapat bantuan, yang miskin mendapat pembelaan dan bermacam-macam lagi ibarat warga dun Manik Urai mendapat durian runtuh. Masalah pangkah parti itu pilihan rakyat, biar rakyat Manik Urai tentukan siapa yang mereka mahukan. Yang pasti adat bertanding ada yang kalah dan ada yang menang, yang kalah harus mempelajari kesilapan mereka supaya tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Hanya masa dan ketika akan tentukan segalanya, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi. sekian.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment