Puasa Sunat/Mogok Lapar Demi hak Rakyat
Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan mogok lapar selama tiga hari berturut-turut mulai Isnin depan dalam usaha gerakan rakyat untuk mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri secepat mungkin.
Apatah lagi tekanan rakyat untuk dikembalikan mandat kepada mereka akan bertambah mendesak berikutan keputusan Mahkamah Rayuan memperbaharui lesen Umno dan Barisan Nasional untuk terus menduduki tampuk kerajaan negeri secara tidak sah.
Mogok lapar itu dijangka akan disertai rakyat teramai termasuk umat Islam yang akan mengerjakan puasa sunat bersama-sama demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis, Nga Kho Ming di Pejabat DAP Ipoh pagi semalam. Nga berkata mogok itu akan bermula pada jam 10.00 pagi hari Selasa 26 Mei dan berakhir pada hari Khamis, 28 Mei pada waktu maghrib di Pejabat PAS Perak. Mereka yang menyertai program itu dibenarkan minum selama setiap 6 jam dan tidak dibenarkan makan dalam tempoh itu sementara bagi umat Islam peraturan puasa akan dipatuhi. Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddindan Speaker V. Sivakumar dijangka melancarkan mogok lapar/puasa itu di Ipoh dan turut serta dalam program tersebut. "Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan yang berminat. Mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat)," kata beliau. Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, mogok lapar yang diadakan adalah "untuk mendapatkan kembali hak rakyat". Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.
Benarkah Mereka Menjaga Hak dan Ekonomi Rakyat??
KUALA LUMPUR 22 Mei — Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.(utusan)
KUALA LUMPUR 18 Mei - Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Beliau berkata, sebab tidak bertanding kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini.9 (utusan)
Kekosongan Dun Manik Urai, di Kelantan memperlihatkan jelas sendiwara kerajaan barisan mempermainkan isu ekonomi dan kerakyatan. Keputusan BN untuk tidak bertanding di Dun Penanti dengan alasan mengambilkira kepentingan rakyat serta menangani masalah ekonomi negara pada ketika ini, jelas alasan ini menunjukkan ketidak jujuran kerajaan apabila belum selesai pemilihan
di Dun penenti kini mahu menyahut cabaran di Dun Manik Urai. Persoalannya benarkah mereka menjaga hak dan ekonomi rakyat seperti mana mereka telah laung-laungkan?? Jika benar mereka menjaga hak dan ekonomi rakyat, mereka seharusnya tidak masuk untuk bertanding di Manik Urai, mereka juga seharusnya berpegang kepada kenyataan mereka sebelum ini. Adakah mereka sedar, mereka telah melakukan satu lawak besar yang menggelikan hati-hati rakyat. Ada baik juga jika mereka turut serta masuk bertanding, rakyat Manik Urai akan mendapat beberapa projek segera untuk mereka nikmati. Keadaan ini biasa terjadi dimana ada pilihan raya kecil disitu ada projek segera (projek mee segera). Mungkin lepas ini jalan-jalan kampong disekitar Dun dinaik tarafkan, yang uzur mendapat bantuan, yang miskin mendapat pembelaan dan bermacam-macam lagi ibarat warga dun Manik Urai mendapat durian runtuh. Masalah pangkah parti itu pilihan rakyat, biar rakyat Manik Urai tentukan siapa yang mereka mahukan. Yang pasti adat bertanding ada yang kalah dan ada yang menang, yang kalah harus mempelajari kesilapan mereka supaya tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Hanya masa dan ketika akan tentukan segalanya, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi. sekian.
BN Tidak Bertanding Pilihan Raya Kecil Penanti
KUALA LUMPUR 18 Mei - Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Utusan Malaysia 18/05/2009 6:53 PM
Kita haruslah menghormati keputusan yang telah dibuat oleh PM one Malaysia. Beliau berkata, sebab tidak bertanding kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini. Bagi saya secara jujurnya BN harus bertanding, kenapa? jika benarlah kenyataan PM untuk menjaga kepentingan rakyat dan ekonomi BN mesti bertanding, hasrat kerajaan yang baik ini akan dinilai oleh rakyat di Penanti, bukan kemenangan di impikan tetapi kebenaran yang dicari. Sememangnya tindakan sebegini jelas menunjukkan BN semakin takut dengan pilihan raya seperti mana PR yang lepas-lepas BN telah tewas. Kita harus juga menghargai keputusan ini kerana keputusan sebegini memberi laluan yang cerah bagi kerajaan pakatan.